Aiwaz Fairis

DASH HOME ABOUT STUFF FREE SPACE FOLLOW

Welcome to A little girl in a big world
Welcome to my blog xD ;
Hope you like it
Go to go



     
Abaikan Benda Ini ya xD  Skin by Chio  Basecode by Atiqa  Pics from Deviantart and Tumblr  Codes from Wanaseoby  Hover by TechSperia 
Novel~Kami friend till jannah
Monday, October 14, 2013 | 0 Snowflakes

Bab 1
   Hari berganti hari,tahun berganti tahun,sedar tidak sedar Ain Syafiqah sudah masuk ke tingkatan 5.Tahun ini,dia bakal menempuh Sijil Penilaian Menengah(SPM),iaitu peperiksaan yang sangat besar dan bermakna bagi semua pelajar tingkatan 5 di Malaysia.Sekolah pula akan dibuka pada esok hari iaitu 2 Januari 2013.Dia tidak sabar lagi hendak memulakan tahun barunya di Sma Telok Kemang.Ain syafiqah ini bukanlah seperti pelajar lain,biasanya jika bermula sahaja hari persekolahan baru,pasti ramai pelajar yang akan membeli pakaian serta peralatan persekolahan baru mereka selengkapnya.Tidak seperti Ain kerena dia hanya seorang pelajar yang miskin"kais pagi makan pagi,kais petang makan petang."Begitulah ibarat hidup Ain sekeluarga.Tetapi,kemiskinan itu bukanlah kelemahan Ain untuk terus berjaya.Walaupun ibunya hanya seorang penoreh getah,tetapi rezeki yang mereka dapat itu terasa cukup untuk mereka sekeluarga.Ayah Ain pula telah lima tahun kembali ke rahmatullah.Dia mempunyai lima orang adik-beradik termasuk dirinya.Dua orang adiknya adalah kembar dan mereka kini berada di darjah 5 manakala seorang lagi masih tadika.Adik-adiknya itu sungguh cerdik.Jika di sekolah,mereka selalu diberi pujian oleh guru-guru.Ismail pula merupakan adiknya yang bongsu.Ismail berumur 5 tahun.Hal ini sentiasa membuat Ain terfikir tentang perbelanjaan yang hendak ditanggung oleh ibu mereka walaupun ibunya sering berkata"tak apelah,ibu boleh tanggung kau orang adik-beradik,InsyaAllah."Tetapi,nasib baiklah jarak rumah Ain dan sekolahnya tidak jauh,kerana,jika tidak dia terpaksa tinggal di asrama dan tidak dapat lagi membantu ibunya.
~·~·~·~·~·~·~·~·~·~·~·~·~·~·~·~·~·~·~·~·~·~·~·~·~·~·~·~·
   'Haih,macam manalah aku nak tolong mak aku sara hidup keluarga aku ni,ya Allah kau murahkanlah rezeki kami sekeluarga...Amin...'Keluhnya di dalam hati."Ain !Barang sekolah ,baju,semua tu dah sediakan ke ?Esok hari pertama sekolah mula.Jangan esok kamu yang kelam-kabut nak buat ni lah tulah,mak tarik telinga nanti."Suara Mak Jah yang kuat mengalahkan bunyi petir itu telah mengejutkan Ain daripada lamunannya.Lalu dia pantas menjawab kerana takut jika ibunya terasa hati."Dah,mak...Ain dah sediakan,baju Ali dengan Abu pun dah."Mak Jah hanya mampu tersenyum melihat anak gadisnya yang berada di beranda rumah yang telah berkhidmat kepada mereka sekeluarga sejak 23 tahun lalu.Sememangnya Mak Jah sudah dapat menangkap apa yang sedang difikirkan oleh anaknya itu.Ain memandang bulan yang terang cahayanya itu.Memang cantik bulan dihiasi lagi dengan kawanan bintang.Bulan itu memang cantik jika dilihat dari jauh.Cukup cantik.'Alangkah bagusnya jika dalamnya cantik juga.'Bisik Ain dalam hati.Tiba-tiba Mak Jah datang menghampirinya,Ain sedar akan kehadiran Mak Jah.Ain pun mengalihkan pandangannya kepada Mak Jah iaitu seorang ibu yang telah banyak berkorban dan memberi sepenuhnya kasih sayangnya terhadap anak-anaknya.Mak Jah hanya tersenyum lalu berkata"Along tak tidur lagi ke ?Esok dah sekolah."Ain membalas senyuman Mak Jah"Along suka tengok bulan ni,cantik sangat...Alangkah indahnya jika dalamnya secantik luarannya."Kata Ain seperti orang yang sedang berpuitis."Along,along...Dah pandai dah anak mak ni puitis,dah tu ,masuk dalam,tak elok anak dara dok sendiri kat luar ni."Kata Mak Jah sambil mengusap lembut kepala anak gadisnya.Ain memeluk Mak Jah sambil berkata"Asalamualaikum mak,ok,Along nak pergi tidur ni,sayang mak."Mak Jah membiarkan sahaja anak gadisnya itu memeluknya.Sememangnya tidak rugi jika sesiapa yang mempunyai anak yang baik dan taat perintah ibu bapa itu.Mak Jah pun berbangga kerana mendapat anak seperti Ain itu.
p/s:Admin nak sambung esok,ngantok nak tidow,Asalamualaikum :)